top of page

Royal Town Warriors Catat Kemenangan Kedua di CPRC

Perlawanan minggu ketiga Corporate Premier Rugby Challenge (CPRC) menyaksikan penguasaan penuh Royal Town Warrior ke atas TNB Blackoutz apabila mencatatkan mata 66-0 pada pertemuan Sabtu lepas di Tigre Arena Kwasa Damansara.


Permainan bermula seimbang sewaktu babak pertama namun kekemasan barisan hadapan Royal Town Warrior membuka banyak ruang untuk mencipta peluang yang disudahkan oleh rakan sepasukan.


Berakhir separuh masa pertama, Royal Town Warrior selesa mendahului 38-0.


Meneruskan separuh masa kedua, kemaraan Royal Town Warrior bagaikan tidak dapat dibendung lagi apabila membolosi kubu TNB Blackoutz dengan pelbagai gerakan taktikal dan larian deras.


Kesudahan perlawanan memberikan kemenangan bermakna buat Royal Town Warrior dengan mata 66-0 seterusnya menamatkan saingan minggu ketiga dengan bergaya.


Lengkap tiga perlawanan yang dijadualkan, Royal Town Warrior mencatatkan dua kemenangan ke atas PPTD Patriots dan TNB Blackoutz, manakala tewas sekali kepada BMMB Bullet.


Sementara itu, TNB Blackoutz melengkapkan kesemua jadual perlawanan dan pujian seharusnya diberikan kepada mereka atas persembahan dan mutu permainan menarik sepanjang kempen CPRC.



Perlawanan peringkat akhir bagi CPRC akan berlangsung pada 15 oktober ini di stadium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.


Corporate Premier Rugby Championship dibawakan secara eksklusif untuk peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama kejohanan.

29 views0 comments
bottom of page