top of page

PPTD Patriots Hampir Calarkan Rekod Cemerlang Bank Muamalat Bullets

Pertembungan minggu ketiga dalam kempen Corporate Premier Rugby Championship (CPRC) ialah di antara Bank Muamalat Bullet dan PPTD Patriots Sabtu lepas di Tigre Arena Kwasa Damansara.



PPTD Patriots turun dengan barisan terkuat mereka yang ingin mencabar kedudukan Bank Muamalat Bullet selaku pendahulu peringkat kumpulan. Seawal minit pertama, PPTD Patriots mendahului tiga mata dengan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan.


Perlawanan sengit berterusan dan PPTD Patriots berjaya meraih 1 try namun Bank Muamalat Bullet merapatkan jurang apabila menyempurnakan sepakan penalti dan keputusan 8-3 sewaktu tamat separuh masa pertama.


Meneruskan babak kedua, Bank Muamalat Bullet menambah tiga mata lagi menjadikan jurang mata semakin hampir dengan PPTD Patriots. Serangan demi serangan antara satu sama lain menjadikan penonton tidak senang duduk dengan kedudukan mata yang rapat.


Di penghujung saingan, kedudukan PPTD Patriots mendahului 11-6 namun ianya tidak bertahan lama apabila satu gerakan kilat daripada Bank Muamalat Bullet menghadiahkan satu lagi try menjadikan 11-11.


Conversion yang disempurnakan menjadikan Bank Muamalat Bullet berkelebihan dua mata di hadapan PPTD Patriots. Sebaik wisel penamat ditiupkan, Bank Muamalat Bullet dinobatkan pemenang dengan mata 13-11.


Keputusan yang berpihak kepada Bank Muamalat Bullet juga mencatatkan pencapaian cemerlang pasukan tersebut yang mengunguli kesemua perlawanan di kejohanan ini.





Perlawanan peringkat akhir bagi CPRC akan berlangsung pada 15 oktober ini di stadium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.


Corporate Premier Rugby Championship dibawakan secara eksklusif untuk peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama kejohanan.

82 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page