top of page

Minggu Ketiga CPRC Semakin Hangat

Perlawanan bagi minggu ketiga Corporate Premier Rugby Championship (CPRC) akan berlangsung pada 8 Oktober ini di Tigre Arena Kwasa Damansara.



Perlawanan pertama melibatkan Royal Town Warriors bertemu TNB Blackoutz pada jam 3.00 petang.


Royal Town Warriors sebelum ini mencatatkan satu kemenangan ketika bertemu PPTD Patriots dan satu kekalahan sewaktu bertemu BMMB Bullet pada perlawanan pertama.


Manakala TNB Blackoutz setakat ini masih belum mencipta sebarang kemenangan sewaktu bertemu PPTD Patriots dan BMMB Bullet.


Pada jam 5.00 petang pula, perlawanan dijadualkan untuk aksi di antara PPTD Patriots dan BMMB Bullet.



PPTD Patriots juga merekodkan satu kemenangan ke atas TNB Blackoutz dan tewas sekali sewaktu bertemu Royal Town Warriors minggu lepas.


BMMB Bullet pula turun sebagai pilihan utama selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut ke atas Royal Town Warriors dan TNB Blackoutz.


Mampukah TNB Blackoutz mencipta kejutan pada perlawanan kali ini? Sama-sama kita saksikan di Tigre Arena Kwasa Damansara serta turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Corporate Premier Rugby Championship.


Corporate Premier Rugby Championship dibawakan secara eksklusif untuk peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama kejohanan.

20 views0 comments
bottom of page