top of page

Royal Town Warriors beri saingan sengit kepada Bank Muamalat Bullets

Perlawanan kedua dalam saingan Corporate Premier Rugby Championship menyaksikan pertembungan di antara Bank Muamalat Bullets bertemu Royal Town Warriors, selepas perlawanan pertama PPTD Patriots bertemu TNB Blackoutz.



Babak pertama menyaksikan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun berbaki lima minit terakhir separuh masa pertama, BMMB Bullet berjaya menembusi pertahanan Royal Town Warriors untuk try yang pertama.


Bersambung di separuh masa kedua, BMMB Bullet di bawah kendalian Mohd Mazuri Salehuddin terus menggandakan asakan ke kubu lawan namun Royal Town Warriors tidak memberikan laluan mudah.


Menjelang wisel penamat ditiup pengadil bertugas, BMMB Bullet berjaya mengatasi Royal Town Warriors dengan mata 16-7.



Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 1 Oktober nanti menemukan BMMB Bullet menentang TNB Blackoutz manakala Royal Town Warriors bertemu PPTD Patriots.


Corporate Premier Rugby Championship dibawakan kepada peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama.

30 views0 comments
bottom of page