top of page

Royal Town Warriors Bangkit Cipta Kemenangan Sulung

Saingan minggu kedua Corporate Premier Rugby Championship (CPRC) diteruskan lagi dengan perlawanan di antara PPTD Patriots menentang Royal Town Warriors.


PPTD Patriots turun dengan harapan untuk mempertahankan rekod kemenangan pada minggu sebelumnya ternyata hampa apabila Royal Town Warriors mempamerkan mutu permainan lebih jitu dan meyakinkan.


Meskipun PPTD Patriots mendahului kutipan mata 3-0 pada awal babak permainan, Royal Town Warriors menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua dengan 3-3.


Tendangan-tendangan penalti yang disempurnakan oleh Royal Town Warriors kemudiannya berjaya menjarakkan kedudukan dan satu try yang diperolehi menjadikan kedudukan 14-6 kekal sehingga wisel penamat.



Kejayaan mengatasi PPTD Patriots memberi semangat baru kepada Royal Town Warriors untuk meneruskan cabaran meskipun tewas pada perlawanan pembukaan ketika bertemu BMMB Bullet.


Dengan rekod tewas sekali dan menang sekali, Royal Town Warriors kini mengumpul 4 mata dan berada di tangga ketiga liga.


Corporate Premier Rugby Championship dibawakan secara eksklusif untuk peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama kejohanan.

53 views0 comments

Comments


bottom of page