top of page

PPTD Patriots mulakan perlawanan CPRC menentang TNB Blackoutz

Corporate Premier Rugby Championship memulakan saingan dengan perlawanan pertama berlangsung pada 24 September baru-baru ini.

Bertempat di Tigre Arena Kwasa Damansara, perlawanan pembukaan menyaksikan PPTD Patriots bertemu TNB Blackoutz dengan format 15's.


PPTD Patriots dan TNB Blackoutz mempamerkan aksi bertenaga dengan asakan dan larian deras yang menarik perhatian penyokong dan penonton pada petang itu.




PPTD Patriots menggunakan kelebihan pemain-pemain berpengalaman untuk menyerap setiap serangan TNB Blackoutz yang menurunkan pemain muda pada pertemuan tersebut.


Menjelang tamat perlawanan, PPTD Patriots mendahului TNB Blackoutz dengan mata 46-15 sekaligus mencipta kemenangan sulung dalam kempen ini.



Corporate Premier Rugby Championship dibawakan kepada peminat ragbi tanah air oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama.


Kejohanan ini berlangsung selama empat minggu bermula 24 September hingga 15 Oktober 2022 melibatkan pasukan PPTD Patriots, TNB Blackoutz, BMMB Bullet dan Royal Town Warriors.


Ikuti laman Facebook rasmi: Corporate Premier Rugby Championship serta Instagram: corporate.rugby untuk mengikuti perkembangan terkini pasukan anda.

72 views0 comments

Comments


bottom of page