top of page

Bank Mualamat Bullets Menganas di Tigre Arena

Perlawanan kedua minggu ini menyaksikan pertembungan di antara Bank Mualamat Bullet dan TNB Blackoutz dalam saingan Corporate Premier Rugby Championship (CPRC) berlangsung di Tigre Arena Kwasa Damansara.



Turun selaku pasukan favourite, Bank Mualamat Bullet tidak menunggu lama apabila mendahului TNB Blackoutz seawal minit ke-12.


Serangan bertali arus antara kedua-dua pasukan menyaksikan gerakan menarik dipersembahkan kepada penyokong yang hadir mahupun penonton yang mengikuti livestreaming di laman Facebook rasmi CPRC.


Bank Mualamat Bullet menggunakan kekuatan forward bagi memberi tekanan ke atas TNB Blackoutz di samping gerakan taktikal yang direncanakan oleh pengendali pasukan.


Tamat separuh masa pertama menyaksikan jurang kutipan mata yang tinggi iaitu 34-0.


Ternyata persediaan Bank Mualamat Bullet di Bangkok sebelum permulaan CPRC membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengenepikan TNB Blackoutz dengan mata 69-0 di penghujung perlawanan.




Dengan kemenangan itu, Bank Mualamat Bullet gah di persada liga dengan kutipan sembilan mata melalui dua kemenangan dicatatkan.


Teruskan mengikuti perkembangan terkini Corporate Premier Rugby Championship dibawakan secara eksklusif oleh Enervive Sports dan Silverlake sebagai penaja utama kejohanan.

23 views0 comments
bottom of page